Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 11, 2009

Port Dickson lagi - 1st day

Elo...actually citer ni citer last weekend..tapi aku baru nak update. Kalo korang ingat entry sebelum ni yang aku pergi ke Port Dickson survey2 tempatkan. So 7-8 Mac yang lepas aku dapat join program tu. So pagi2 tu aku kemas baju2 kami sebab malam sebelumnya da sibuk yang wat makan2 birthday adik aku. Makan roti ajer then sepatutnya singgah di Ampang ada kenduri kahwin member suami aku tapi pon tak sempat pergi sebab dikhabarkan jalan sangat jem. Oleh kerana dah janji ngan member2 Savoc jumpa kol 1pm di Petronas R&R Seremban so kitaorang terus ke sana...

Lunch tu kami makan Dunkin Donut sementara menunggu budak2 lain sampai...ni 1st time aku makan macam ni..kesian tak? Aku tau korang selalu makan tempat yang best2kan?hehehe...nak wat camner kedai ni jer yang ada kat Petronas tu...so lepas makan budak2 pon sumer da datang macam biasa suami aku bagi briefing sket dan start konvoi ke Port Dickson..kali ni memang ramai sebab mereka buat Family Day and Annual General Meeting untuk kelab diaorang ni..geng2 dari negeri lain mereka konvoi mengikut group masing2 dan jumpa di PD nanti..group kami ni dari KL dan Selangor sahaja...

Nak dijadikan citer..lepas 1 tol tu kereta suami aku ada problem plak...bila brek jer dia kuar bunyi..so demi tak nak menyesakkan keadaan lalu lintas..konvoi tu diteruskan dengan leader yang lain..Aku pulak terpaksa tumpang kereta Kazaam and Kak Niza..so urusan pendaftaran di PD diambil alih oleh ahli yang dah sampai dulu...kami try cari bengkel yang boleh cek kereta tu tapi tak dapat..so tengah2 cari bengkel da dekat dengan tempat yang kami nak tuju iaitu Mayangsari..so kitaorang decide check in bilik dulu...

Ini lah apartment kami di Mayangsari...1 rumah ni ada 3 bilik...so yang stay sini 3 pasangan suami isteri merangkap mereka2 yang bertanggungjawab menguruskan hal2 penginapan..hehehe kami berenam yang pergi sebelum ni tu la...President, VP dan Secretary club :P ....aku adalah sangat rasa selesa dan suka dengan tempat ini...cantik ;)

Master bedroom yang menjadi rebutan antara kami...masa nak check in ni suami aku, Kak Niza dan Wan berebut saper dapat masuk dulu..walaupun suami aku yang dapat masuk bilik nih dulu..tapi aku kata tak per lah beralah bagi Kak Niza and Kazaam sebab sebelum ni mereka yang beriya nak bilik tu...hehehe...

Bath up di bilik tu...mengadap laut dan cermin dia memang tak tinted..macam was was jer kan..dah lah depan tu ada construction....hehehe

Pemandangan dari balkoni partment tu....panjang tul pool dia...


So petang tu aktiviti dimulakan dengan game bola tampar..sepatutnya ada telematches nak lawan ikut group..then geng2 dari southern sampai lewat sebab ramai yang bekerja dan ada yang kerja di Singapura...

Oleh kerana tidak sabar2 untuk mandi kerana teruja melihat pool yang sangat panjang dan luas itu...maka aku dan budak2 yang tak main bola tampar terus gi mandi pool...huhuhu sangat seronok walaupon aku tak reti berenang hehehe...Masa ni Suami aku dan Kazaam keluar balik cari bengkel..petang tu baru mereka balik dan join mandi jugak...Sampai kecut la sebab kami yang paling lama berendam hehehe...budak-budak yang main bola tampar pon pas abis game baru mandi..kitaorang dari awal mandi tu...huhuhu...best2

So malam tu kami ada dinner...masa ni berkenalan lah dengan ahli2 yang tak pernah aku jumpa terutamanya dari negeri lain...rasanya hampir 70 0rang juga la kalau campur ahli kelab dan family2 yang dibawa sumer...

Lepas makan aktiviti bebas..ada yang keluar, ada yang dah masuk bilik..tapi aku haruslah ikut suami aku borak2..dia dah dengan geng dia...so aku join borak dengan kaum2 ibu/girls2 hehehe...Aku rasa walaupun aku ni jenis yang tak banyak cakap..aku ada or tak der sama ajer selalunya...tapi aku try lah cakap dan borak2 dengan mereka2 ni..and aku rasa kalo selama ni aku rasa aku jenis tak banyak cakap...tapikan ada lagi beberapa kaum ibu/girls2 yang memang tak tegur orang dan wat hal sendiri jer...so aku rasa aku di tahap OK la jugak dan masih boleh diperbaiki tahap bersosial hehehe...Nak wat camana..da ini minat suami aku..nak tak nak aku kena juga terimakan..so dah lepak and borak2..dekat kol 1pm juga lah baru naik tido...Zzz

4 comments:

Unknown said...

psst, meh sini nak tanya sikit, lama berendam, bape kali ter tuttt kat dalam tu, ha ha ha

weeda said...

hish akak ni...tak der ter tutt tutt la...huhuhu..pas ni kita gi plak yang opis punyer ek...cari tempat yg best2

Anonymous said...

kat mn tu ek?
cntk gile tmpt die.

awin//

weeda said...

Mayangsari...dekat2 ngan Corus Hotel..nak lebih lanjut kak ida pon tak reti nak explain hehehe...