Tuesday, April 21, 2009

Amek kesempatan!

Salam...baru semalam aku wat entry pasal si Susan Boyle nih...Hari nih aku baca kosmo Online dah kuar citer macam nih..Apsal ha manusia ni memang suka amek kesempatan...Pasal apa lak aku nak wat entry pasal dia jer nih? bukan aku kenal dia pon hehehe...Tak der la cuma aku bila tengok video tu memang terasa kagum giler..alih2 hari ni kuar citer yg buat aku gerammm jer...Ni lah omputih dah maju sangat...sampai leh terpikir buat menda2 yang tak senonoh nih...Sangat jahatlah diaorang nih! Mencik! Janganlah rosakkan Makcik tu...Padel ko lah ni bgtau pasal Makcik nih..kalo tak aku pon tak tau :P

Nih aku amek dari Kosmo Online...

Dara penyanyi 47 tahun bernilai AS$1 juta

LONDON - Permata baru program realiti pencarian bakat Britain's Got Talent's, Susan Boyle yang memukau orang ramai dengan suara merdunya ditawarkan AS$1 juta (RM3.6 juta) oleh sebuah syarikat pengeluar filem lucah bagi merakamkan aksi dia hilang dara, lapor sebuah akhbar semalam.

Boyle yang berumur 47 tahun ditawarkan oleh sebuah syarikat pengeluar filem lucah yang turut melancarkan laman web SusanBoyleXXX.com.

Peminat-peminat boleh mengundi tajuk filem lucah yang sesuai untuk Boyle berlakon.

Jika Boyle menerima tawaran itu, dia akan diterbangkan dari Los Angeles dengan syarikat Virgin Airlines tetapi menurut sebuah akhbar Amerika Syarikat, tawaran tersebut hanya bertahan untuk seminggu.

Presiden studio filem lucah berkenaan, Mark Kulkis membuat tawaran singkat kerana mahu menerbitkan filem itu ketika Boyle masih popular.

"Kami mahu menerbitkan filem itu ketika Boyle menjadi tumpuan dunia. Selepas 47 tahun bergelar dara, saya yakin Boyle tidak sabar untuk beraksi," dia dipetik sebagai berkata oleh sebuah akhbar Britain. - Agensi

5 comments:

NoHAno said...

Mmg ngambik kesempatan...
kuang hajau namanye tu...
harap Susan Boyle x accept offer tu.. menjatuhkan maruah je... duit leh carik, maruah yg tergadai sampai bila2 pn x dpt tebus balek...

Diarihatiku1976 said...

hiiss celaka jer ekk... mcm jatuhkan maruah dia je...

weeda said...

Noha - Saya harap dia tak tamak sampai terima offer bodoh tu...


Diarihatiku1976 - Tu la pasal..sesuka hati jer diaorang nih..tau nak untung je..salam kenal kak :)

yuyee cap limau said...

ksian kak,omputih mmg cmtu,dan nama org meningkat naik dgn cara btl ada yg ambik ksmpatan nk bikin filem lucah,nk kaut keuntungn dgn cepat...

weeda said...

tul tu Yuyee...baik diaorang tlg carikan suami jer utk makcik tu huhuhu