Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 30, 2009

Hotel Equatorial Rugi Hari Ini....

Sari berita utama...Pada hari ini Hotel Equatorial di Bangi mengalami kerugian kerana pelanggan yang telah hadir pada hari ini adalah dikategorikan "tidak rugi dibawa makan"....

Empat daripada wajah suspek yang telah bersedia dari awal di pejabat untuk menyerang Hotel Equatorial Bangi. Sila jangan terpedaya dengan senyuman kunun manis dan gaya ayu mereka itu. Nama tempat bertugas suspek terpaksa dirahsiakan demi keselamatan negara...

Suspek bertambah kepada 5 orang, dan ketika foto ini dirakamkan dipercayai mereka telah pon kekenyangan setelah menikmati hidangan yang lazat...Pengurus di cafe hanya menggeleng kepala kerana terpaksa order secara urgent dari pembekal bahan mentah untuk dimasak semula kerana kehabisan hidangan makanan untuk pelanggan2 yang lain.

Suspek2 tersebut sudahlah makan banyak..bangun berkali2 untuk ambil makanan...cuba pula singgah di restoran Jepun berdekatan, namun malang sekali mereka hanya sempat bergambar dan 2 suspek dipercayai telah cuba menyembunyikan diri di sebalik tirai pintu masuk restoran...namun, tidak berjaya kerana tirai itu tidak cukup besar untuk menutupi mereka... :P

Suspek2 tersebut dipercayai sempat mengambil gambar di beberapa kawasan hotel tersebut

Suspek yang terbaru adalah seorang jejaka yang lagaknya mengalahkan seorang model antarabangsa. Walaupun berbadan paling kurus, suspek inilah yang dilihat makan paling banyak.

Dan seperti biasa aksi fotogedik mereka-mereka ini akan dipaparkan di blog ini. Berita terbaru yang kami terima, suspek2 telah selamat sampai di pejabat dan mereka semua adalah kekenyangan. Mereka sempat mengucapkan terima kasih kepada Big Boss mereka yang sudi belanja makan dan mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka akan menerima boss baru.


Baiklah jangan kemana-mana...kita beri laluan kepada pesanan penaja...

Senyuman manis dengan COLGATE, DARLIE, KAYU SUGI, FRESH & WHITE...Peace!

9 comments:

Sue Vogue said...

wakakakaka....kelakar la laporan berita nih..memang hotel tu rugi makanan tapi buat duit oii...apa pun memang best mamam kan weeda....

weeda said...

hehehe..laporan wartawan tak bertauliah..yer tadi mmg best :)

pRImRosE...~mencari ketenangan dalam peperangan...~ ;p said...

hehehe..meleleh airmata bace k.eda..hehehehe..adoi la...kak ipar aku da jadi pembaca berita la plak..huhuhu...
heh..pembaca berita ker penulis berita kak eda??

weeda said...

penulis berita untuk majalah Ujang boleh laa hahaha...kena baca ikut intonasi yang betul yer entry ni :P

Unknown said...

"Sila jangan terpedaya dengan senyuman kunun manis dan gaya ayu mereka itu." - ha ha ha, ye betull, orang yang paling tersenyum manis dan tersimpul simpul tu adalah penulis berita ini - adoiyaiiii weeda, good job bebbeh, makanan apa yang ko amik tadi ni sampai ko boleh jadi lawak macam ni, ha ha ha lagik.

weeda said...

Inilah hasilnya setelah dapat makan aiskim 3 scoops tadi hehehe :P

Anonymous said...

walid pon tergelak membacanya

nasa said...

ada keje sampingan rupanya skrg..huhu.. :)

weeda said...

Walid baca ke??aduuhh malunyeee...menantu saperlah ni yer hehehe


N- hehehe keje sampingan yang tak ada untungnyer :P