Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 16, 2009

Penthouse Mayangsari Resort di Port Dickson yang hampeh...

Selamat malam bertemu kembali di entry ini hehehe....pasal makan dah komplen, ni nak komplen lak pasal tempat yang kami stay tu iaitu Mayangsari Resort Port Dickson...Untuk 3 hari tu, kami duduk kat Penthouse..so stay 2 malam untuk 3 rumah dah berapakan...dah lah charge ikut harga peak season lagilah mahalkan..okay memang lah duit aku tak kuar sesen pon untuk hal2 penginapan ni sebab disponsor sepenuhnya oleh makcik aku...tapi sebab yang terkenanya kat bilik yang suppose aku tido...so aku adalah tidak berpuas hati...kalo kami bayar untuk standard room tapi kalo servis hampeh pon boleh komplen..inikan pula dah dok penthouse kan...Bunyi jer macam best tapi biasa2 jer hehehe...Terima kasih sangat2 kepada Mak cik aku :)

Ni picture yang masa aku gi sebelum ni, memang kalo orang tanya aku akan jawab tempat ni ok..servis bagus..sumerlah bagus dan cantik...Tapi amat menghampakan bila kami pergi kali ni..dah lah pergi ramai2..orang jauh dari Singapura pon datang..so bila orang komplen2 aku pon terasa tak best la sebab aku ngan suami yang bagi cadangan stay sini...kalo aku sorang je komplen means aku lah yang ngengadakan..tapi ramai juga yang komplen tempat ni...bukan kami ni cerewet sangat atau nak berlagak...tapi sebab rasa harga yang dibayar tak setimpal dengan apa yang kami terima!

Ok berbalik pada citer Penthouse yang aku stay, dah kata gi ramai2kan..so tido pon tak lah sumer dapat tido atas katil dan dalam bilik...Family aku dapatlah 1 bilik, masalah timbul bila aircond bilik kitorang ni macam malu2 jer nak kuarkan angin...ingatkan malam dia akan okay..so bila nak tido malam tu..aku dah bentang toto tido ngan adik aku Diana..atas katil mak aku, danial ngan Ahmad anak sepupu aku yang geng ngan Danial...Suami aku tido kat hall bawah. Kakak aku, abang ipar, Harris ngan Ayah pon tido kat hall bawah jer..Untuk Ayah dah disewakan tilam..bilik2 lain dah penuh la...So oleh kerana sangat panas, aku turun bawah tido kat hall juga...actually bukan hall, dah bahagian dry kitchen dah okay...pastu mak aku ngan adik2 pon kuar tumpang tido bilik Chik Nong selit2 jer mana boleh..so dah rugi 1 malam tak leh tido bilik tu...

So esoknya hari Sabtu suami aku gi komplen kata aircond rosak..okay ada technician datang cek tapi tak dapat betulkan..dia kata akan datang petang..tunggu2 tak datang2 jugak..aku pesan ngan suami aku make sure orang tu datang kalo tak malam ni pon bilik tu tak leh guna nak tido...so dah petang2 datang jugak tapi still tak elok2 jugak...Sudahnya sampai malam pon tak okay...lepas kami balik makan malam tu, suami aku naik bagi aku kunci.Kami dapat 1 penthouse lagi sebagai ganti okay! masa ni dah dekat kol 11.30pm...ok terubatlah sikit hati ni kan...aku dah bgtau mak aku, bolehlah mak aku ngan adik2 masuk 1 bilik, pas tu Ayah ngan Mak dapat 1 bilik leh tido atas katil..selesa sikit..Tapi hampa sangat bila cek penthouse yang lagi 1 tu sumer bilik aircond rosak jugak...susunan sumer okay dan bersih..cuma ada 1 bilik tu, katil berselerak dan tak tersusun...macam scary pon ada bilik tu..macam dah lama tak bukak dan digunakan jer..so kami tak sedap hati, suami aku kata tido je la umah kami tu tak yah tukar yang baru ni...(Nurul kalo ko baca, time ni ko dah balik baru kitorang dapat kuci untuk bilik baru tu..time orang tido baru nak ganti bilik :P)

Sudahnya tido lagi kat hall tu...malam tu Mak ngan adik2 aku tido bawah sebab kakak aku dah balik awal, aku ngan suami tido balik kat tepi dry kitchen tu...tapi kali ni suami aku angkat tilam yang dari bilik aircond rosak tu bawa turun...so 2 malam tu rugi jer bilik tu jadi tempat letak barang dan tukar baju ajer...

Ini baru citer pasal 1 bilik..ikutkan macam2 nak komplen..dengan toiletnya..pinggan2 yang disediakan..Aku ingat bilik aku jer prob..rupanya 2 penthouse yang sedara2 aku stay pon ada macam2 prob...Macam teruk sangat jer maintenance tempat tu...Sumer kata pas ni tak nak datang situ lagi dah...Tapi oleh kerana kami datang memang nak enjoy2..so malas nak wat sakit hati...Dah tu time kami check out Housekeeping kot call kata suruh angkat balik tilam bilik atas tu bawak masuk dalam bilik...banyak cantik kami nak layan!

Kalo kot2 ada pihak Management Mayangsari terbaca blog aku yang tak seberapa nih...tempat ko leh maju..tapi servis and maintenance kena jaga betul2...jangan tau nak untung jer! Lagi satu swimming pool tu tolong la bersih2 sket..berlumut pon ye dah lantainyer!

7 comments:

Anonymous said...

komplen jek kak, masukkan dln paper ke kan..mesti pasni xde org nak g resort tu lg..wat sakit ati jek klu dpt resort cenggitu..(saya plak yg sakit ati).hihihihi..

weeda said...

masuk blog je la..aku kan blogger hahaha..blogger harus kena komen :P nanti siapa2 kot search Mayangsari kat internet..leh la terbaca entry ni ker hehehehe

Unknown said...

ye akak sokong usul dari anne, jangan pergi terus Mayangsari, woiiiiiiiii, dengar sini semua penduduk kampung, korang jangan pergi stay kat Mayangsari PD tu, service dia terukkkkkkkkkkkk

weeda said...

a'ah memang x nak gi lagi kat situ...not recommended anymore!

nur_rule said...

Giler la, kitorg balik tu pun da kol 10+ kan,masa tu bukan adik2 da tdo pun ke?lepas tu baru die bagi kunci apartment baru? xlogik lar.aku pun memula teruja nak pg tgk blog ko cantiknye mayang sari ni.. tp mengecewakan.. uhuk..uhuk..;(

weeda said...

tu la pasal..nak ganti macam nak tak nak jer..pas ni jgn gi situ lagi dah

nasa said...

huhu..xpe2..nnti lenkali g tmpat lain plak..weh,sori aa..xsempat nk comment sume entri..tp da baca..cuma xrajin sgt nk komen..huhu..