Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Bye Bye....

Salam kawan2...Aku rasa aku dah dapat tema yang sesuai untuk blog aku la...CERITA TAK TERKINI dan TAK SENSASI...hehehe...

Aku tak tau naper kawan2 aku pon tak update pasal ni...tengok2 budak opis PHUM si Nurul plak yang wat entry ni huhuhu...

Okay lah...cerita ni last week nyer citer...tapi biasalah kat blog aku ni yang dah lepas2 baru aku nak citer huhuhu...Jumaat lepas, Opis aku buat farewell kat Puri Pujangga sempena Boss besar kami Prof. T dan Boss yang agak besar En. Lee dah tak bertugas di pejabat kami ni. Selamat Maju Jaya pada mereka...dan kami masih sedia berkhidmat disini..hehehe

Nak citer lebih2 pon tak de yang best...macam biasa makan2 dan boss bagi ucapan jer..Tengok Cik Zura tu senyum sampai nampak besi gigi..suka yeee...huhuhu

Majlis tu macam biasa mesti jemput jiran kami dari PYC dan PHUM :)

Dan seperti biasa....muka budak opis kena kasi enteperem kat sini hehehe...To Kak Linda and Kak Su : Dont worry Ida dah edit gambar ni supaya kita semua nampak kurus dan Ejal nampak gemuk Hahahaha :P kualiti gambar tak elok..tapi hentam saje laaa :P

Monday, July 27, 2009

Aku nak gi main Golf ! Sila percaya...

Salam Readers...Sebenarnya nak update citer weekend lepas tapi lupa nak bawak wire yg transfer picture dari hp ke pc tu...tak pe la esok lusa je la aku update...bukan best sangat pon citernye huhuhu...lately ni nak wat apa pon tak bersemangat...badan je yang makin "semangat" hahaha :P tu sebab blog pon dah jarang update...

Esok ngan lusa aku nak gi main golf! Apa tak percayaaaa??? Memang bijak kalo korang tak cayer..Sajer letak tajuk tu hahaha...Muka aku nak main golf? mesti sumer terkejut kalo aku cakap aku pernah main golfkan hehehe...permainan orang kaya-kaya..."networking" katanya huhuhu...gambar2 adalah ihsan Mr.Google

Sebenarnya esok dan lusa aku ada kursus daaa....yee orang lain sumer da gi kursus...dah terlebih2 lak gi kursus pon ada...aku baru nak pegi...Sebabbbbb???? sebab aku baru dapat..dah apply macam2 asyik x dapat...ada yang dapat tapi hampeh tak dibagitau awal, kursus ditunda lah...malas aku nak citer...Ok la jugak harap2 tak la BOSAN kursus ni...Jangan menambahkan mood kebosanan yang asyik aku rasa lately ni...Hari Sabtu lepas, lepas abis keje suami aku amek aku dan cari tempat ni...so aku dah tau kat mana..senang nak drive esok..tak yah terhegeh2 cari tempat...

Bukit Unggul..Where Eagles Live and Play....

Waahh...Okaylah nanti kalo aku nampak "Eagle" aku citer kat sini ek! :P

Thursday, July 16, 2009

Melawat SUK SUK setelah sekian lama :P

Salam kawan2...aku baru balik dari PPUKM dengan Kak Su dan En. Haiqal...kami pergi bertiga jer sebab yang lain ada urusan masing2... Sebenarnya opismate kami si Suk Suk ni dah masuk wad dari last week...tapi baru hari ni kami berkesempatan pergi melawat dia hehehe...ok la tu sempat jugak la kan :P

Si Suk Suk ni sakit kaki sebab dah overweight sangat...dah lama kaki dia membengkak dan sekarang semakin melarat pulak sakitnya tu...Next week pon dia cuti lagi...Now dia tengah kat award ortopedik...Katanya memang kena diet..makanan memang dijaga dan dia kena exercise hari2...Dari beratnya 211kg dah turun ke 186kg...lost 25kg tuuu! baguslah...Haii kalo la aku dapat turun 25kg kan best..Hahaha (sila buat2 tak baca je lah yer hihihi)

So buat kawan2 yang kenal Suk Suk...sama2 kita doakan dia cepat sembuh yer...Memanglah selalu kami kat opis ni tegur dan sound2 cara dia bekerja...tapi aku rasa untuk kebaikan dia juga...Semoga cepat sembuh buat Suk Suk...


Suk Suk terkini (Jangan marah sempat aku snap gambar ko...kata blogger kan hihi)

Tuesday, June 30, 2009

Hotel Equatorial Rugi Hari Ini....

Sari berita utama...Pada hari ini Hotel Equatorial di Bangi mengalami kerugian kerana pelanggan yang telah hadir pada hari ini adalah dikategorikan "tidak rugi dibawa makan"....

Empat daripada wajah suspek yang telah bersedia dari awal di pejabat untuk menyerang Hotel Equatorial Bangi. Sila jangan terpedaya dengan senyuman kunun manis dan gaya ayu mereka itu. Nama tempat bertugas suspek terpaksa dirahsiakan demi keselamatan negara...

Suspek bertambah kepada 5 orang, dan ketika foto ini dirakamkan dipercayai mereka telah pon kekenyangan setelah menikmati hidangan yang lazat...Pengurus di cafe hanya menggeleng kepala kerana terpaksa order secara urgent dari pembekal bahan mentah untuk dimasak semula kerana kehabisan hidangan makanan untuk pelanggan2 yang lain.

Suspek2 tersebut sudahlah makan banyak..bangun berkali2 untuk ambil makanan...cuba pula singgah di restoran Jepun berdekatan, namun malang sekali mereka hanya sempat bergambar dan 2 suspek dipercayai telah cuba menyembunyikan diri di sebalik tirai pintu masuk restoran...namun, tidak berjaya kerana tirai itu tidak cukup besar untuk menutupi mereka... :P

Suspek2 tersebut dipercayai sempat mengambil gambar di beberapa kawasan hotel tersebut

Suspek yang terbaru adalah seorang jejaka yang lagaknya mengalahkan seorang model antarabangsa. Walaupun berbadan paling kurus, suspek inilah yang dilihat makan paling banyak.

Dan seperti biasa aksi fotogedik mereka-mereka ini akan dipaparkan di blog ini. Berita terbaru yang kami terima, suspek2 telah selamat sampai di pejabat dan mereka semua adalah kekenyangan. Mereka sempat mengucapkan terima kasih kepada Big Boss mereka yang sudi belanja makan dan mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka akan menerima boss baru.


Baiklah jangan kemana-mana...kita beri laluan kepada pesanan penaja...

Senyuman manis dengan COLGATE, DARLIE, KAYU SUGI, FRESH & WHITE...Peace!