Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 18, 2008

Al Kisah....The wicked witch...


Pada suatu masa dahulu...dalam sebuah negeri(bukan di Malaysia)...terdapat seorang Queen yang sangat zalim..Dia telah memerintah negaranya dengan kejam..apa yang dia mahu mesti ditunaikan...i want it now...now...tiada siapa yang boleh melawan kuasanya...maka terpaksalah pengikut2nya melaksanakan arahannya...kerana itulah tanggungjawab yang telah ditetapkan bila bekerja...nak tak nak...ikutkan sajer semua katanya...The Evil Queen ini sangat giler kuasa, merasakan dirinyalah yang terhebat dan tiada siapa lebih bijak dari dia...semua ideanyer walaupun kekadang bagus..tetapi dia sangat takbur dan bongkak...Dan dia sangat perasan dia yang tercantik...itu sebab ada cermin besar di pejabatnya....walaupon kekadang dia cuba menjadi baik dengan pekerjanya...namun kesan kekejamannya tidak dapatlah dilupakan begitu sahaja...pekerjanya sangat tertekan..namun diatas sifat kemanusiaan mereka tetap hormat Queen itu sebab dia boss..(depan aje la..)
Inilah Queen yang dimaksudkan itu..maaf gambar sepatutnya Queen lebih gelap...tapi ini shj yg ada...
Wajah Queen Jahat itu bertukar menjadi nenek sihir bila dia tengah meracun2 orang...Sifatnya ini memang dikenali seantero donia...

Queen yang jahat itu..sangat suka meracun orang dan memburukkan orang di antara satu sama lain...nasib ada Sang Puteri yang baik hati yang layan sajer bila dia bercerita...kadang2 sampai berejam2 lamanyer...Puteri itu sangat baik...








Walaupun Queen itu dikenali dengan pemerintah yang kejam...mereka2 ini tetap melaksanakan tugasan dengan amanah segala arahan yang diberi walaupon kekadang arahan yang tidak masuk akal...bukan apa...nak sakit2 hati...dah tentu hari2 tengok muka dia tu juga....tetapi dalam hati...saperlah yg tau...yang pasti mereka semua berdoa untuk suatu hari nanti akan ada seseorang yang muncul untuk menyelamatkan mereka...kerja tetap kerja...tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan..nanti dikata makan gaji buta...rezeki x berkat puler...kenalah sedar diri ni saper...walau gred kita berbeza,tapi hakikatnyer kiter ni sumer sama...manusia biasa jer...
Akhirnya...setelah sekian lama menderita dengan pemerintahan Queen Jahat itu...muncullah perkhabaran bawaha Prince T yang akan menyelamatkan mereka semua...
mereka sangat gembira dengan perkhabaran baik itu...Prince T lah satu2nya harapan mereka semua untuk menyelamatkan mereka dari terus ditindas oleh Queen yng jahat itu...mereka dah tak tahan dengan sikap Queen itu...lagi menjadi2 plak gilanya bila dia tau takhtanya tergugat...cisss...semakin gelap hatinyer...
Semoga berlalulah awan gelap...muncullah awan terang yang menyinari negeri tersebut...moga dengan pemerintahan baru ini...lebih baik seperti yang diinginkan oleh mereka2 semua yang selama ini telah ditindas dan hidup di dalam mimpi ngeri...

Tetapi cerita ini tidak habis disini kerana Queen itu seolah2 tidak dapat menerima zaman kegemilangannya sudah berakhir...dan sampai blog ini ditulis...mereka masih ternanti2 kepastian Prince T yang dikhabarkan akan datang untuk menyelamatkan
keadaan...tetapi selalunya kisah2 mcm ni happy ending...

* Buat pengetahuan anda, watak2 dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kene mengena langsung dengan sesiapa yang hidup atau yang dah mati. Jika ada watak2 yang sama...hanyalah kebetulan sahaja...penulis blog hanya mencurahkan ideanyer yang sengal ketika ini...semoga cerita ini menjadi pengajaran pada semua..ceh macam lah ada pengajaran... :P

p/s : melampau ke aku wat citer ni???pasni leh la buat citer dari cinderella,beauty & The Beast ngan Sleeping Beauty...hhaaaa...sleeping beauty best jugak...dah ada dah calonnyer hehehehe...peace!

4 comments:

Unknown said...

Weeda, i give you A+ for this assignment. Good keep it up

weeda said...

Stand up classs....thank you teacherrr....

Cik Jia said...

i suke..i suke..

weeda said...

ok saya nak update tentang citer ni...Prince T memang muncul dan zaman pemerintahan Queen zalim itu telah berakhir...dunia lebih aman dan tidak kedengaran lagi suara2 yang terjerit memekik memaki orang selalu..dan tiada lagi emel2 yang panjang berjela pada setiap pagi..alhamdulillah :)