Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 9, 2009

Masih di Pahang...

Hari ini aku masih bercuti lagi...cuti Thaipusam...tapi di Pahang x cuti...kedai Ibu dan Walid buka macam biasa..pagi tadi kami ke kedai Ibu dan Walid...Omar ajak breakfast kat kedai berhampiran dengan kedai Ibu...nasi lemak kat sini antara peberet Omar...

Sampai jer makcik tu tegur...nak makan apa Omar??nak air apa Omar??memang mereka dah kenal Omar...ye la dah ini tempat dia :) dan aku hanya senyum jer...

Lepas makan pergi semula ke kedai Ibu dan Walid...baca2 suratkhabar dan Omar di depan tolong2 ambil duit orang beli...sempat aku bgtau Omar..tetiba teringat dan rindu kat kampung Arwah Abah kat Tenang, Johor...tapi sekarang dah x sama...

Tengah duduk2 di kedai, nampak buku nih...di kedai Ibu sekarang ada 5 pelajar sedang menjalankan Latihan Industri...mereka ambil kursus fesyen dan jahitan...salah seorangnyer adalah Huda :) ....bila tengok jer buku ni...teringatlah esok aku dah mula kerja semula...aku sendiri antara yang menguruskan LI di UKM...syarikat2 yang nak menawarkan LI akan request kat opis aku..dan aku membantu inform pada fakulti nanti...mesti minggu ni kami semua sibuk kerana weekend ni kami ada program dah...harap semuanya berjalan lancar masa program tu...
Sekarang berada di rumah...baru sahaja habis lunch...petang nanti baru balik ke Kajang semula dan rutin hidupku akan mula berjalan seperti biasa... :)

2 comments:

rohaadam said...

balik pahang yer auntie ida!!!!!! mana ikan patin nyer?

weeda said...

oit roha...ikan patin da kena telan dah hehehe....