Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 9, 2009

Tag Dari FAD ~ Mama Irfan :)

Saya dapat tag ni dari Facebook oleh Fad Mama Irfan...Oleh kerana saya tidak aktif di FB..makanya saya jawab kat sini je lah yer...Saya pon tak pasti dia baca ke tidak blog ini hehehe...tak per la, ada juga bahan nak update blog ini hehehe

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.
1. Bekas kekasih saya adalah : Saya tidak ada bekas kekasih..Kekasih saya dah jadi suami saya dah pon..Alhamdulillah saya tak diduga perasaan putus cinta

2. Saya sedang mendengar : lagu yang sayup2 kedengaran yang dipasang oleh Kak Linda dan Ejal di pejabat ini

3. Mungkin saya patut : jawab tag ini sebab saya tengah bosan

4. Saya suka : bila melihat orang2 di sekeliling saya gembira dan bahagia terutamanya orang2 yang saya sayang

5. Sahabat-sahabat baik saya : semua pon baik ajer

6.Saya tak paham : bila orang yang jauh lebih kurus dari saya selalu cakap mereka gemuk. Saya memang tak paham! Adakah itu ayat tersirat?hehehe

7.Saya kehilangan : idea pulak nak jawab tag ni. Apsal sampai 30 ha???

8.Ramai yang berkata : saya ni pendiam dan pemalu...saya rasa tak lah pendiam dan pemalu sangat kot..bunyi macam baik sangat je tu :P

9. Makna nama saya : Satu / Tunggal

10. Cinta itu adalah : salah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Tuhan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang : menghadap komputer dan menjawab tag ini

12.Saya akan cuba : sentiasa bersabar dan berusaha dalam hidup ini. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat...

13.Perkataan SELAMANYA membawa maksud : kekal dan abadi

14.Telefon bimbit saya : sudah habis kredit, bawak pon kot2 ada orang nak buat panggilan pada saya sahaja. Tapi bukan ada pon :P

15.Bila saya terjaga dari tidur : mesti cari telefon bimbit nak tutup bunyi yang membuat saya terbangun

16.Saya paling meluat apabila : ada orang yang berlagak konon bagus, suka bodek orang dan bercakap besar

17.Pesta/Parti adalah : satu majlis untuk meraikan sesuatu dengan gembira
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kucing, hamster dan arnab...saya pernah bela haiwan2 ini
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : ketika bayi, masa bayi mesti semua sayang dan manjakan kita...dan kita tak perlu fikir apa2 pon hehehe

20.Hari ini : adalah agak bosan pada saya

21.Malam ini saya akan : buka blog ini semula dan membaca blog orang lain

22.Esok pula saya akan : bangun pada pukul 6pagi seperti biasa (jika saya masih hidup)

23.Saya betul-betul inginkan : apa yang saya impikan tercapai dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : saya nampak dagu saya dah 2 lapis..tapi sebenarnya bukan pagi tadi baru sedar...cuma saya yang masih tidak sedar diri

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan : saya lagi suka duduk rumah dan berehat
26.Makanan Barat atau Jepun : Makanan Barat
27.Bilik yang terang atau gelap : Gelap...senang nak tido (kalo time nak tido la hehehe)

28.Makanan segera adalah : Makanan yang tidak baik untuk kesihatan, tetapi masih juga nak makan..Makanan yang bila saya balik dari kerja tengok Emak saya dah masak dulu atau tiba2 ada lauk orang bagi...ini juga segera namanya :P

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang : okay

30.Siapa yang anda mahu Tag?: Oleh kerana dapat dari Facebook, maka tidak boleh di tag di Blogger...sila terima alasan ini hehehe :P


Sekian dan terima kasih :)

1 comment:

Me , Nurul & Harris... said...

oits.. ko ade fb ke? tak add aku pon..huhu