Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 26, 2009

Kepulangan yang dinanti

Hari Selasa lepas, lepas suami aku balik keje kami terus ke KLIA...hari inilah yang dinanti2kan kami adik beradik...sebab ayah dan ibu mertuaku balik dari menunaikan haji...aku pon amek cuti 2 hari sebab kami terus balik ke Pahang malam tu :)

Sepatutnya dalam kol 8.30pm dah sampai Malaysia...tapi delay...dekat kol 11.40pm barulah kami nampak Ibu dan Walid...Ramai jugak sedara mara yang datang untuk memeriahkan sambutan kepulangan Ibu dan Walid...

Tertunggu2 kami semua sementara nak tunggu Ibu dan Walid keluar...sumer rasa excited dan tak sabar2 nak tengok Ibu dan Walid

Walid ngan Ibu lagilah happy sebab keluar jer ramai dah tunggu...Darwisy paling depan hehehe..rindu ngan Tok Walid ngan Tok Ma :)

Walid dengan Ustaz Dato' Hj Md Daud Che Ngah

Ibu dan Walid nampak kurus sket la hehehe...tapi yang paling ketara Walid la...Ibu kata Walid kurang makan kat sana...Apa2 pon Alhamdulillah dah selamat semuanya...cuma masa balik tu Walid kurang sihat sebab batuk2...So dari KLIA kami terus balik ke Pahang malam tu...sampai pon dekat2 kol 4 pagi kalo x silap...Ada dapat buah tangan dari Mekah...Terima kasih Ibu dan Walid...tapi yang penting...Terima Kasih kerana mendoakan anak2 mu disini :)

Dan disini juga aku nak ucapkan selamat pulang kepada mertua kakakku...yang juga baru balik dari menunaikan haji seminggu sebelum mertua aku balik...Rasa besar hati ini sebab ada buah tangan yang dibeli khas untuk aku...Tak sangka ingat kat aku hehehe...InsyaAllah ada kesempatan nanti aku pergi jumpa mereka pula...Semoga mereka semua mendapat haji mabrur...Amin :)

No comments: