Friday, December 16, 2011

Dah start makan...


Arissa start makan weekend lepas...umur pon dah 6 bulan 2 minggu lebih...ye agak lambat bagi Arissa makan sebab masa umur dia masuk 6 bulan tu kebetulan Arissa tak sihat dan cirit birit...

So dengan semangatnya saya masakkan bubur nak bagi dia makan...siap2 pakaikan bip bila nak suap makan tu..Tapi sekali suap je Arissa dah buat muka pelik dan paling2 muka tak nak makan...saya cuba lagi untuk suapan ke 2 dan 3..makan la sikit tapi dia menangis pulak huhuhu...tengok lah gambar tu meleleh2 air mata dia menangis tak nak makan bubur kosong tu hehehe...sudahnya bagi susu baru dia ok semula...


So minggu ni saya try buat bubur + carrot...haaa barulah nampak dia selera nak makan..barulah dia nak buka mulut untuk disuap...siap tarik sudu dan gigit sudu sekali hahaha...tapi dia makan sikit je..biasalah baru nak ajar2 makan kan...saya tak lah risau sangat...saya rasa lebih risau kalau dah besar nanti dia asyik nak makan je macam ibu dia hahaha...So sekarang tengah cari2 resepi yang sesuai untuk baby...seronok baca blog2 ibu yang masak untuk baby mereka :)

No comments: