Daisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, November 14, 2009

Ibu dan Walid menunaikan haji

Alhamdulillah, tercapai juga impian Ibu dan Walid untuk menunaikan haji tahun ni...Khamis lepas, kami semua berkumpul di Tabung Haji dekat Kelana Jaya untuk menghantar Ibu dan Walid menunaikan haji...Masa untuk masuk pemeriksaan tu malam dalam 9.30 pm kot..tapi family kami dari petang dah ada kat situ...ramai jugak yang datang..sedara mara dari pahang pon ada yang datang...

Ok ni ada sket gambar yang sempat di ambil hari tu...tapi agak kecewa sket sebab semua gambar goyang..tapi tak pe, at least ada juga untuk kenang-kenangan :)

Kak Ngah, Tiqah, Ibu dan Kak Long Yanti

Antara kaum keluarga yang hadir hari tu

Saat ni lah paling syahdu je bila bersalaman dengan Ibu dan Walid sebelum masuk ke tempat pemeriksaan sebelum nak naik bas...boleh suami aku hilang lak time2 nih..dia kuar tengah cari barang..rasa sedih pulak bila Ibu dan Walid tanya2 mana anak dia lagi sorang ni..dah lah hp dia tak dapat dihubungi masa tu..hp aku pon dia bawak sama time tu...hmmm nasib baik sempat juga suami aku jumpa Ibu dan Walid yang dah start berbaris...

Selamat menunaikan ibadah haji buat Ibu dan Walid...Semoga Ibu dan Walid sentiasa sihat dan dilindungiNya sentiasa...aku percaya Ibu dan Walid akan mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya disini...amin...

No comments: