Wednesday, May 9, 2012

Happy Birthday Mummy!

Pada 27 April 2012...genaplah Mummy saya berumur 60 tahun...kalau setahun yang lepas pada tarikh ini Mummy tengah dekat hospital sebab baru kena operate...agak kucar kacir masa tu dengan mummy yang tak sihat hampir 2 minggu di hospital, saya yang tengah sarat mengandung, adik2 tak  ada orang nak jaga...memang dugaan betul pada saya waktu itu jika diingatkan semula...alhamdulillah saat2 itu dah berlalu dan Allah pernudahkan segalanya...

Dan pada tahun ini Mummy saya dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik walaupon masih menghidap penyakit itu...Semoga Allah terus memberi semangat dan kekuatan buat Mummy saya...So pada  malam 27/4 tu kami adik beradik sempat meraikan birthday Mummy bersama2 walopun plan hampir tak jadi sebab saya dan suami ada hal sket pada tarikh tu...


Birthday kek dari cucu2 Tok Mummy....4 orang buat masa sekarang

Mummy bersama Diana, Danial dan 4 orang cucunya...Arissa, Harris, Izzah dan Hadiff :)

Semoga dipanjangkan usia dan terus diberi kesihatan yang baik buat Mummy.....amin


Malam tu jugak saya nak menyiapkan tempahan apam polkadot untuk kenduri cukur jambul anak kawan saya dan untuk hari keluarga di Perak esoknya...dah tu kena ikut suami ke Serdang dan tidur di sana sebab suami saya masih bertugas dalam satu program...Terima kasih Mummy dan Diana sebab sudi tolong....sampai ke malam menyiapkan apam...fuhhhh....nasib dapat siap semuanya..hehehe


1 comment:

adarnadzmie said...

moga mummy weeda diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki...aminn...:)