Tuesday, October 9, 2012

Tempahan Cheese Tart Untuk Door Gift


Blueberry Cheese Tart yang gebeww dan penuh dengan cheese! Yang ini saya buat khas untuk pelanggan bernama Liyana dari Sungai Besi.

Adik ni request nak 200 pcs bluebery cheese tart dalam bekas untuk door gift majlis perkahwinannya. Corak bunga pon saya buat lain sikit dari selalu biar nampak cantik sikit kununnya hehehe

Door gift yang sesuai untuk sebarang majlis dan nampak kemas bila dah diletak dalam kotak.

200 pcs cheese tart untuk door gift dan adik ni request nak tambah lagi 50 pcs blueberry cheese tart untuk makan-makan. Alhamdulillah dah selamat dihantar pada hari yang dijanjikan dan majlis pon dah selamat berlangsung pada minggu lepas. 

Selamat Pengantin Baru buat Liyana, adiknya Amira dan pasangan masing2. Terima kasih sudi tempah dengan saya melalui FB. Sebelum mengakhiri entry ini, saya rasa happy  bila terima sms dari Liyana selepas dia terima cheese tart yang dihantar oleh suami saya.


Alhamdulillah...

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan boleh email ke weedadelights@ymail.com atau di Facebook : cheese tart - weeda's delights   TQ ;)

3 comments:

JaSSNaNi said...

alhamdullillah.. selesai sudah urusan tu ye.. montok betul cistat tu.. geram tengok..

weeda said...

ye pengantin pon happy je alhamdulillah :)

Noor Fazilinah said...

Sis....klo na tmpah jugak..cm ne