Alhamdulillah...sejak open order untuk Durian Crepe ni...sambutan memang amat menggalakkan dan saya dapat berkenalan dengan customer baru. Terima kasih semua yang sudi beli Durian Crepe saya ;)
Ok nak cerita sikit tentang tempahan Durian Crepe yang saya terima baru2 ni...regular customer saya Ms.F sebelum ni order 10 pek...lepastu dia call nak repeat order lagi 15 pek untuk dibawa pulang ke kampung suami dia dekat Alor Setar, Kedah.
Saya pon tak berani juga nak jual sebab Durian Crepe ni kan guna isi durian fresh..nak ke Kedah jauh juga perjalanan tu nanti rosak pulak kuihnya kan...takut durian tu masam ke..Oleh sebab Ms.F ni nak juga dan tak kisah..so saya buatkanlah juga atas permintaan dia...kalau customer yang saya tak biasa tak berani juga ambil risiko...ye lah dah beli banyak kalau rosak siapa nak tanggung? memanglah dia kata tak kisah...tapi kita yang jual ni pon mesti ada rasa tanggungjawab tu juga kan...
15 pek untuk Ms.F...dan ada extra tu saya offer pada yang dah pernah call tapi nak 1 atau 2 pek je...sebab yang saya buat ni bukan pada "durian crepe day"
Saya cadangkan masukkan dalam box dan diisi ice cube..so tahanlah sikit kuih ni sebab suhu sejuk dalam box tu kan..
Pack elok2...dan alhamdulillah dah selamat sampai ke kampung...dan feedback yang diterima semua suka dan durian crepe masih rasa fresh macam yang di order sebelum ni..sekejap habis dah 15 pek tu..lega juga saya rasa bila dia bagitau macam tu hehehe :)
Buat sesiapa yang berminat untuk menempah Durian Crepe boleh baca entry sebelum ini (sila klik) untuk cara tempahan. Atau SMS saya 012-6682771.
Terima kasih ;)
No comments:
Post a Comment